TEMERLOH. 30 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menganjurkan Program Penghayatan Ramadhan di Surau Perkampungan orang asli Penderas Kuala Krau, Temerloh. Tujuan Program ini diadakan adalah bagi memberi ilmu berkaitan bulan Ramadhan dan penghayatan Ramadhan kepada masyarakat orang asli yang berugama Islam. Majlis bermula pada jam 7.20 malam dimulakan dengan solat fardhu Maghrib secara berjamaah, diikuti ceramah penghayatan Ramadhan yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Al fadhil Ustaz Azmeer Ar Rashid, Imam Besar Masjid Abu Bakar Mentakab. Selesai ceramah, majlis diteruskan dengan solat isyak berjamaah, selanjutnya cabutan bertuah dan jamuan makan malam. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik dari masyarakat Islam orang asli Penderas dan mereka sangat bersyukur diatas penganjuran Program Penghayatan Ramadhan ini di adakan di kampong mereka. Di samping dapat mengeratkan silaturrahim, mereka juga dapat menimba ilmu serta membuat persediaan diri dalam menempuhi bulan Ramadhan yang bakal tiba beberapa hari sahaja lagi. Majlis turut mendapat sokongan dan di bantu oleh Penggerak dan Pembantu Penggerak serta Ajk Surau Koa Penderas. Pihak Muip Cawangan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Program Penghayatan Ramadhan 1440 hijrah di Koa Penderas pada tahun ini. Program berakhir padan jam 10.00 malam.