PEKAN. 02 Mei 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Tafaqquh Fiddin Masjid Kariah Daerah Pekan Siri Ke-2 bersama Ustaz Khairul Azmi Bin Ismail yang merupakan Mudir Maahad Tahfiz Darul Fikri. Program kali ini pula membicangkan Kitab Hadith 40 Imam Nawawi. Seramai 150 orang peserta telah menghadiri program yang diadakan di Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj bermula 08.00 pagi dan berakhir 05.00 petang. Program ini diadakan sebagai pendekatan membudayakan Ilmu dikalangan Pegawai dan Jawatankuasa Masjid Kariah disamping berkongsi maklumat-maklumat terkini berhubung pentadbiran serta akan terus diadakan pada masa-masa yang akan datang.