PEKAN. 30 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Taklimat Amil Dan Penyerahan Resit Fitrah Daerah Pekan 1440H / 2019M bertempat di Dewan Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj Pekan.Taklimat menyentuh tanggungjawab amil dan peraturan-peraturan kewangan berkaitan hasil kutipan serta serahan zakat fitrah. Amil – amil ini bukan sahaja bertindak di dalam mengutip zakat fitrah sahaja, tetapi turut menjadi penghubung masyarakat dengan pentadbiran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan.