JERANTUT. 29 April 2019 – bersamaan 23 Syaaban 1440H. Program Jejak Muallaf Selain Asli dan Saudara Muslim Selain Asli sekitar daerah Jerantut yang dilaksanakan oleh Majlis Ugama Islam dan adat Resam Melayu Pahang bersama beberpa agensi berkaitan. Program ini merupakan siri ke 3 yang diadakan. Seramai 18 keluarga disantuni daripada kalangan asnaf muallaf dan fakir miskin. Antara lokasi-lokasi yang diziarahi sekitar bandar Jerantut, Pulau Tawar, Tebing tinggi, taman pelanggi dan termasuk muallaf yang mendiami Desa Bina Diri Jerantut .Program ini bertujuan bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara asnaf-asnaf muallaf dengan agensi-agensi. Di samping itu juga, pentadbiran MUIP meminta kepada mereka agar memperbaharui kad pengenalan diri serta meminda status agama yang telah lama memeluk agama Islam. Selain itu, mereka juga disarankan untuk menghadiri kelas-kelas fardu ain yang telah disediakan oleh MUIP. Hadir sama terlibat dalam program ini adalah MUIP Cawangan Jerantut Ustaz Nik Tarmizi bin Nik Lam,Bahagian Zakat, Unit Dakwah dan Muallaf, PERKIM Bahagian Pahang dan lain-lain agensi. Sekalung penghargaan kepada semua agensi yang terlibat iaitu Majlis Ugama Islam dan Adat Melayu Pahang Cawangan Jerantut,dan PERKIM Bahagian Pahang.Diharapkan agar program ziarah ini dapat memberi manfaat kepada golongan asnaf yang terlibat.Semoga Allah memberkati usaha kita semua dalam menyebarkan dakwah dan meninggikan syiar Islam di bumi Pahang khususnya.