TEMERLOH. 29 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Program Taklimat Kutipan Zakat Fitrah kepada Amil amil Muip kariah daerah Temerloh yang berlangsung di Masjid Baru Bandar Temerloh seawal jam 9.00pagi dan berakhir pada jam 11.00 pagi. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada amil berkaitan tatacara dan prosedur kutipan zakat fitrah serta beberapa Enakmen berkaitan kutipan zakat fitrah. Selepas sesi taklimat, semua amil yang telah ditauliahkan mengutip zakat fitrah bagi tahun ini telah di agihkan buku buku resit fitrah 1440H dan juga cenderamata kepada mereka. Seramai 126 orang amil zakat fitrah Muip telah di amanahkan mungutip zakat fitrah bagi daerah Temerloh pada tahun ini.