JENGKA. 26 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Jengka telah mengadakan Kem ibadah bagi anak-anak orang asli disekitar daearah Jengka dengan jumlah peserta seramai 45 orang. Kem ini diadakan di As-Sakinah Traning And Camp Caruk Paloh Pekan.

Kem ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat orang asli khususnya berkaitan tanggungjwab sebagai orang muslim. Diantara pengisian kem tersebut ialah,cara berwuduk, solat, mandi hadas, cara solat dalam hutan, ceramah motivasi dan lain-lain yang berkaitan.

Kem Ibadah ini juga dapat kerjasama daripada Pejabat Agama Islam Daerah Jengka, Penggerak Masyarakat Orang Asli (JAKIM) serta pejabat pendidikan daerah Jerantut. Perjalan kem berjalan dengan baik sebagaimana yang telah dirancangkan.