TEMERLOH. 26 April 2019 – Encik Libau bin Changi dari Desa Permai ,Mentakab dan Puan Engku Dauziah binti Engku Hamzah dari Taman Bahagia, Temerloh, Pahang mengucapkan rasa syukur dan ucapan ribuan terima kasih kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di atas sumbangan bantuan zakat peralatan yang diberikan, katanya sewaktu penyerahan barang bantuan pada Jumaat. Antara barang peralatan yang diluluskan kepada mereka adalah berupa barang elektronik dapur seperti oven, mixer, blender, steamer, pressure cooker dan stand fan yang bernilai RM 3500.00. Penyerahan tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Cawangan Temerloh iaitu Ustaz Mohd Faitullah bin Sa’adon. Semoga dengan sumbangan peralatan tersebut dapat membantu asnaf tersebut dan sekeluarga mencari sumber pendapatan untuk menyara anak anak sekaligus dapat keluar dari golongan asnaf.