CHENOR. 24 April 2019 – MUIP Cawangan Chenor telah mengadakan program Jejak Asnaf Bertempat Di Felda Kampung Awah ,Chenor.Program secara berkala ini diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bentuk bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan beban mereka .Sebanyak 15 buah rumah asnaf yang telah dikenalpasti oleh Amil dan Tok 4 kawasan untuk kita lawati ,turut sama dalam progam ini Pengurus Felda ,Pengerusi Masjid Felda kg.Awah dan PAID Chenor. Program yang bermula pada pukul 9:00 pagi berakhir pada pukul 12:45 tengahari.