TEMERLOH. 21 April 2019 – Tadika Pintar Al Quran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Daerah Temerloh telah mengadakan Ihtifal Sukan Tahunan bagi tahun 2019 yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu. Program sukaneka ini di adakan di perkarangan Tadika Pintar Al Quran Temerloh dengan sambutan yang sangat meriah. Sukaneka ini merupakan salah satu daripada aktiviti tahunan Tadika Pintar Al Quran Muip yang bertujuan melahirkan murid murid yang aktif dan cerdas dari segi jasmani. Program yang bermula seawal jam 8.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa seterusnya perbarisan perarakan masuk rumah rumah sukan, aktiviti senam arobik murid murid bersama guru guru. Sebanyak 4 buah rumah sukan yang bertanding dalam sukaneka kali ini iaitu rumah biru, hijau, merah dan kuning yang melibatkan seramai 65 orang pelajar. Setiap rumah diwakili oleh dua orang guru dan 15 orang murid. Antara acara yang dipertandingkan antaranya adalah passing gelang getah dengan straw, susun tin, bawa bola pingpong dalam sudu, tiup belon, rebut kerusi dan lain lain.Tidak dilupakan juga acara bagi ibu bapa iaitu letop belon dan lari bawa anak. Majlis sukaneka ini di rasmikan oleh Pengerusi Tadika PQ Temerloh merangkap Pegawai Hal Ehwal Islam Muip Daerah Temerloh, Ustaz Mohd Faitullah bin Saadon. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengahari yang diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada pemenang dan juga jamuan makan tengahari. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ibu bapa murid murid yang memberi sokongan penuh dalam menjayakan Ihtifal sukaneka Tadika PQ Muip Temerloh pada kali ini.