ROMPIN. 17 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Rompin telah menyampaikan bantuan zakat peralatan kepada 2 orang asnaf daerah ini, iaitu Encik Md Noor Bin Awang Ngah dari Kampung Seringkin dan Puan Mastika Binti Abdullah dari Kampung Sepakat Barat. Encik Md Noor telah menerima bantuan peralatan bernilai RM 2000 berupa sebuah mesin jahit beserta dengan peralatan-peralatan jahitan, sementara Puan Mastika pula menerima bantuan peralatan berupa sebuah mesin jahit tepi yang bernilai RM 1700, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan yang disampaikan berjumlah RM 3700. Semoga bantuan yang diterima sedikit sebanyak dapat dimanfaatkan oleh asnaf-asnaf berkenaan untuk meningkatkan usaha mereka menambah pendapatan bagi memenuhi kerpeluan harian buat diri dan keluarga, seterusnya mengeluarkan diri mereka dari garis kemiskinan.