ROMPIN. 18 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Rompin telah mengadakan Program Jejak Asnaf bertempat di sekitar Kampung Parit Raja, Mukim Pontian, Rompin. Program secara berkala ini telah diadakan bagi menjejaki golongan asnaf di kawasan berkenaan serta melihat bantuan yang boleh disalurkan untuk meringankan bebanan mereka. Lebih daripada 30 keluarga telah diziarahi dalam program pada kali ini. Program kali ini turut mendapat kerjasama dari Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Parit Raja serta Amil Zakat MUIP bagi kawasan berkenaan.