PEKAN. 16 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah mengadakan Program Sambutan Isra’ Mi’raj Dan Ambang Ramadhan di KOA RPS Runchang bertempat di Surau Al-Haq KOA RPS Runchang. Seramai 100 orang Saudara Baharu Asli Islam telah menghadari program yang diadakan. Pengisian ceramah agama telah disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fadzli Bin Mat Saman yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Dakwah Jabatan Agama Islam Pahang. Matlamat utama program ini diadakan ialah sebagai salah satu pendekatan memberikan kefahaman kepada saudara baharu untuk memahami peristiwa-peristiwa berkaitan hari-hari kebesaran Islam dan juga persiapan diri menghadapi bulan Ramadhan. Selepas selesai sesi ceramah diadakan sesi kuiz bagi menguji kefahaman dan diikuti dengan solat Fardhu Zohor berjemaah serta jamuan. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan mesra bersama warga penduduk dan akan diadakan pada masa-masa yang akan datang.Turut hadir bersama menjayakan program ini ialah Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan selaku Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan.