PEKAN. 04 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyantuni saudara baharu asli di Kampung Orang Asli RPS Runchang. Pentadbiran ini telah meninjau permohonan penyelenggaraan rumah yang telah dipohon dan juga melihat perkembangan semasa rumah baharu yang dibina serta telah didiami. Hadir bersama Penggerak Masyarakat Orang Asli RPS Runchang. Bantuan akan disalurkan berdasarkan keperluan sebenar yang diperlukan.