PEKAN. 04 April 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan bersama-sama menjayakan Majlis Walimatul Urus Saudara Baharu Asli di Kampung Orang Asli Gumum. Seramai lima pasangan pengantin telah diijab qabulkan oleh Al-Fadhil Tuan Qadhi Daerah Pekan Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan bertempat di Surau Kampung Orang Asli Gumum. Program ini diadakan bagi memudahkan urusan saudara baharu asli di dalam urusan perkahwinan mereka. Turut bersama menjayakan program ini ialah Jabatan Kemajuan Orang Asli Daerah Pekan, Penggerak Masyarakat Orang Asli Daerah Pekan dan Guru Briged Dakwah. Program ini juga sebagai salah satu kaedah dakwah bagi menarik minat mereka yang masih belum beragama Islam untuk mendekati dan memahami Ad-Din Islam peringkat awal.