TEMERLOH. 05 April 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengagihkan Bantuan Zakat Pendidikan Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang bagi tahun 2019 di Sekolah Menengah Agama Al- Ittifaqiah Guai, awal pagi ini. Seramai 344 orang pelajar sekolah tersebut telah menerima bantuan zakat pendidikan yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ali bin Mat Dasir, Pegawai Zakat kanan Muip dan Pegawai-pegawai dari Muip Cawangan Temerloh. Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya.