PEKAN. 03 April 2019 – Tadika Pintar Al-Quran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Daerah Pekan telah mengadakan Sambutan Isra’ Dan Mi’raj bertempat di Dewan Barakah bermula jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Bicara Santai Isra’ dan Mi’raj telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Nasrul Hakim Bin Md Daud dan seterusnya diikuti dengan kuiz Isra’ dan Mi’raj kepada para pelajar. Program ini diadakan sebagai salah satu program Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan di dalam menerapkan kefahaman kepada para pelajar untuk memahami peristiwa-peristiwa penting di dalam Islam. Pendekatan seumpama ini diharapkan dapat melahirkan para pelajar yang lebih cemerlang dan berakhlak muia.