TEMERLOH. 01 April 2019 – Seramai 265 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Rakyat Darul Naim Kuala Krau Temerloh telah menerima Bantuan Zakat Pendidikan yang di agihkan awal pagi ini. Penyerahan sumbangan telah di sampaikan oleh Pegawai pegawai dari Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh. Bantuan di agihkan kepada pelajar dari kelas ke kelas dengan di iringi oleh pengetua serta guru guru sekolah. Bantuan tersebut diagihkan bagi membantu pelajar menampung perbelanjaan persekolahan sekaligus dapat meringankan bebanan ibubapa dalam menguruskan perbelanjaan sekolah anak anak. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan bantuan kewangan tersebut dengan sebaiknya