MUADZAM SHAH. 22 Mac 2019 – Pelajar yang belajar di 18 buah Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Pahang menerima wang zakat dari Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), ini termasuklah seramai 416 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam (SMABI) yang menerima wang zakat tersebut pada hari ini.