MUADZAM SHAH. 25 Mac 2019 – Unit Dakwah MUIP bersama MUIP Cawangan Muadzam Shah telah mengadakan program pemutihan yang bertempat di KOA RPS Kedaik. Dalam program itu, Timbalan Yang DiPertua MUIP telah menyempurnakan majlis syahadah 13 orang asli serta merasmikan surau di kampung tersebut yang diberi nama Surau Al-Hikmah.