PEKAN. 15 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan Bantuan Persekolahan Sekolah Menengah Ugama Majlis Darul Makmur Ganchong kepada seramai 156 orang pelajar. Majlis dimulai dengan ucapan oleh Pegetua Sekolah Menengah Ugama Majlis Darul Makmur Ganchong dan Bicara Santai Pelajar Cemerlang, Ummah Gemilang oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan serta seterusnya majlis diteruskan dengan penyampaian bantuan kepada para pelajar. Bantuan ini diberikan setiap tahun kepada semua pelajar Sekolah Menengah Agama Negeri dan Sekolah Menengah Ugama Majlis di Negeri Pahang.