PEKAN. 19 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan Bantuan Persekolahan Sekolah Menengah Agama Al-Attas kepada seramai 541 orang para pelajar. Penyampaian telah dilakukan dalam satu majlis ringkas yang diadakan bertempat di Dewan Syed Hassan Al-Attas oleh Pegawai Hal Ehwal Islam Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dan turut hadir bersama Pengetua Sekolah Menengah Agama Al-Attas. Bantuan ini diharapkan akan dapat meringankan bebanan dan dimanfaatkan sebaiknya untuk tujuan yang berkaitan pembelajaran.