PEKAN. 14 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah berkesempatan menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada Encik Mohd Idzhar Bin Ahmad di Kampung Pulau Manis. Kejadian berlaku pada 12 Mac,2019 (Selasa) sekitar jam 5.00 petang, dimana rumah mangsa telah dihempap sebatang pokok dan mengakibatkan kerosakkan dibahagian dapur. Dalam kejadian tersebut tiada kemalangan melibatkan penghuni rumah dilaporkan. Diharapkan bantuan yang dihulurkan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa.