PEKAN. 14 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah berkesempatan menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kepada Encik Ibrahim Bin Talib di Kampung Permatang Pauh. Kejadian berlaku pada 12 Mac,2019 (Selasa) sekitar jam 4.15 petang, dimana rumah mangsa telah dihempap sebatang pokok dan mengakibatkan kerosakkan dibahagian dapur serta ruang utama rumah, namun begitu tiada kemalangan melibatkan penghuni rumah dilaporkan meskipun ketika kejadian mereka berada di rumah. Hadir bersama semasa bantuan disampaikan ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Permatang Pauh. Diharapkan bantuan yang dihulurkan dapat mengurangkan sedikit bebanan yang ditanggung oleh mangsa.