JENGKA. – Majlis Pelancaran Bantuan Pendidikan Pelajar di 18 Buah Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang ( SMAN ) telah diadakan bertempat di Maahad As – Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka. Sebanyak RM 966, 100.00 (Ringgit Malaysia : Sembilan Ratus Enam Puluh Enam Ribu Satu Ratus ) telah diperuntukkan kepada semua pelajar di Sekolah Menengah Agama Negeri Pahang dengan masing-masing menerima sebanyak RM 100.00 seorang. Sumbangan bantuan kepada pelajar ini adalah bagi menampung perbelanjaan pelajar dan ibubapa untuk membeli keperluan sekolah, buku-buku, yuran dan lain-lain. Majlis pelancaran yang saban tahun diadakan ini dirasmikan oleh YDH Orang Kaya Indera Pahlawan Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid Bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua MUIP. Turut hadir YH Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Y. Bhg Ustaz Abu Bakar bin Mat Saad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIP, Tuan Haji Zaharuddin bin Alias, Al-Fadhil Qadhi Daerah Jengka, Puan Noraini bin Abdul Manap, Pengetua Maahad SAS serta guru dan 803 orang pelajar. Agihan kepada Sekolah Menengah Agama Negeri di daerah – daerah akan disampaikan melalui pejabat MUIP daerah dalam masa terdekat.