PEKAN. 11 Mac 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menyampaikan bantuan peralatan kepada Puan Faridah Binti Said di Kampung Ketapang Tengah. Bantuan peralatan yang diterima ialah sebuah peti sejuk beku dan mesin pengadun. Penerima merupakan seorang yang berniaga secara kecil-kecilan dengan membuat kuih-muih untuk dijual di kedai-kedai sekitar Daerah Pekan. Diharapkan dengan bantuan ini akan membantu dan menambahkan hasil jualan serta dapat meningkatkan pendapatan bagi menampung keperluan keluarga.