PEKAN. 04 Mac 2019 – bersamaan 27 Jamadil Akhir 1440H, Majlis Penyerahan Sumbangan kepada peserta Umrah Tajaan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali ke-09 bagi tahun 2019 telah diadakan di Dewan Syarahan Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, MUIP. Program pertama tajaan ini bermula pada tahun 2011 sehingga pada hari ini. Antaranya bertujuan bagi memberikan galakan serta penghargaan kepada para pendakwah yang telah bertungkus lumus menjalankan aktiviti dakwah di Negeri Pahang. Pada tahun ini, Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) akan menghantar 8 orang peserta yang terpilih yang terdiri 3 orang Pembantu Penggerak, 2 orang Penggerak dari JAKIM 1 orang dari Kolej Universiti Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KUIPSAS) dan 2 orang dari MUIP. Pakej umrah selama 12 hari 10 malam ini bermula 10 Mac 2019 sehingga 21 Mac 2019. Majlis penyerahan barang kelengkapan seperti beg serta saguhati kepada para peserta telah disempurnakan oleh Yang Dihormat Orang Kaya Indera Pahlawan Pahang, Dato’ Sri Wan Haji Abdul Wahid bin Wan Hassan selaku Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang merangkap Pendaftar Muallaf Negeri Pahang dengan disaksikan oleh setiausaha MUIP, YH Dato’ Ahmad Hairi bin Hussin. Menurut salah seorang daripada peserta program ini, Massuddin berkata, Saya memanjatkan rasa syukur kepada Allah Taala kerana terpilih menjadi tetamuNya melalui program tajaan umrah kali ini.
Pihak MUIP telah memperuntukkan sebanyak RM 60,683.02 untuk pelaksanaan program tajaan ini. Turut hadir, Pengurus Pusat Tamadun Masyarakat orang Asli (PETAMA) Ketua Penyelaras JAKIM dan Naib Canselor Kolej Universiti Yaysan Pahang (UCYP).