TEMERLOH. 26 Februari 2019 – Sebanyak 30 keluarga telah diziarahi dalam Program Jejak Asnaf di Mukim Semantan 2, awal hari ini. Program anjuran Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh ini turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Temerloh dan mendapat kerjasama oleh penghulu dan ketua ketua kampung dalam mukim tersebut. Antara kampung yang diziarahi dalam Mukim semantan 2 ini adalah kampong Bongsu, Rantau Panjang, Sungai Kepong dan kampong Sementeh. Tujuan program ini diadakan bertujuan menjejaki asnaf fakir miskin yang tidak berkemampuan dan terlepas daripada menerima bantuan zakat berikutan tiada maklumat yang diperolehi serta cara memohon bantuan zakat. Dalam program ini juga asnaf yang diziarahi turut menerima sumbangan hamper barang asasi bagi membantu meringankan beban sara hidup mereka.