TEMERLOH. 19 Februari 2019 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah mengadakan Program Ziarah Dakwah di Perkampungan Orang Asli Bukit Selimbar dan kampong orang asli sungai enggang, Lanchang. Program ini diadakan bertujuan menziarahi saudara seIslam masyarakat orang asli dan mengeratkan hubungan silaturahim bersama masyarakat kampong. Disamping itu, pihak Muip Cawangan juga membuat bancian dari rumah ke rumah bagi mengesan penerima bantuan zakat tahunan fakir miskin dan muallaf yang layak. Selain itu, sedikit bantuan berupa hamper makanan asasi di agihkan kepada keluarga miskin yang tidak berkemampuan. Program selama 2 yang bermula pada jam 10.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang turut disertai oleh Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh, Penggerak Masyarakat Orang Asli ( Jakim ), dan Pembantu Penggerak Orang Asli Tajaan Muip dan Yayasan Pahang. Mengikut rekod, jumlah terkini keluarga Islam di KOA Selimbar adalah seramai 5 keluarga manakala 10 keluarga belum ada agama. Bagi KOA Sungai Enggang, seramai 46 keluarga telah memeluk Islam dan 34 keluarga masih belum ada agama.