PEKAN. 21 Februari 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah melaksanakan Program Tafaqquh Fiddin Masjid Kariah Daerah Pekan 2019 bersama seramai 150 orang peserta terdiri daripada Pengerusi, Imam dan Bilal Masjid Kariah bertempat di Dewan Utama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). Program tafaqquh kali ini membicarakan mengenai Kitab Bidayatul Hidayah karangan Imam Al-Ghazali oleh YH.Datuk Dr Ustaz Zahazan Bin Mohamed. Program ini diadakan bagi menambah kefahaman dan memantapkan pengetahuan agama sebagai mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir masjid.