PEKAN. 15 Februari 2019 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Pekan telah mengadakan Kursus Profesionalisma Dan Pemantapan Dakwah Daerah Pekan 2019 pada 15 dan 16hb Februari,2019 bertempat di Kompleks Baitur Rahah, Pekan. Seramai 50 orang peserta telah menghadiri kursus yang diadakan terdiri daripada Guru Briged Dakwah, Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA), Jawatankuasa PERKIM Cawangan Pekan, Pejabat Agama Islam Daerah dan Pendakwah Daerah Pekan. Program selama dua hari satu malam ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Fadli Bin Yusof merupakan seorang pendakwah yang sangat berpengalaman terutamanya di dalam konteks Dakwah Saudara Baharu. Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan dengan empat modul utama iaitu, Mengapa Perlu Berdakwah, Kaedah Berdakwah Cara Rasulullah SAW, Setelah Mereka Mendapat Hidayah dan Persediaan Diri Sebagai Pendakwah. Kursus ini diharapakan mampu memberikan pendedahan dan memantapkan persediaan serta pengetahuan sebagai pendakwah.