KUALA LIPIS. 13 Februari 2019 – LIPIS,13 FEBRUARI-Program pembukaan bagi MUIP cawangan Lipis pada tahun ini bermula di perkampungan asli di Kuala Koyan serta Pak Senam.
Program dakwah ini berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula di KOA Kuala Koyan dan keesokkannya di KOA Pak Senam.
Disertai PPMOA dan PMOA serta Briged Dakwah sekitar daerah Lipis.
Program bermula dengan bancian bagi penerima bantuan hari raya dan seterusnya acara sukaneka bersama penduduk.
Keesokanya diadakan kejohanan futsal tertutup yang di sertai masyarakat orang asli dan acara ini mendapat tarikan dan perhatian penduduk asli setempat.
Program berakhir pada jam 5 petang seusai tamatnya kejohanan futsal dan sekali gus acara penyampaian hadiah di laksanakan selepas tamatnya perlawanan akhir.