RAUB. 13 November 2018 – Pejabat Agama Islam Daerah Raub dengan kerjasama MUIP Cawangan Raub dan Jawatankuasa Masjid Mahabbah berkesempatan menjayakan satu majlis ramah mesra bersama masyarakat Tionghwa dan tamil. Program telah dijalankan di perkarangan Masjid Mahabbah itu dimulai dengan ucapan daripada wakil masyarakat Tionghwa seterusnya amanat dan nasihat daripada Al-Fadhil Qadi Daerah Raub Ustaz Mohd Aris Bin Jamin. Program ini bertujuan mengeratkan lagi tali persaudaraan antara kaum disamping berkenal-kenalan memandangkan komuniti masyarakat Tionghwa dan tamil hidup dalam satu kejiranan masyarakat melayu islam di sini.