RAUB. 28 November 2018 – MUIP Raub telah menyertai satu program iaitu Blue Ocean Integration Programme di UITM Cawangan Raub baru-baru ini. Kaunter penerangan zakat dan wakaf juga telah dibuka bagi sesi taklimat kepada pelajar-pelajar UITM. Sumbangan kepada pelajar memerlukan juga telah disampaikan dalam majlis penutup oleh Encik Ahmad Aman bin Mohd Saifuddin selaku Pegawai Tadbir Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Seramai 90 orang pelajar telah menerima sumbangan dengan keseluruhannya berjumlah RM 36,000.00.