RAUB. 13 November 2018 – Program Pemantapan Pegawai Masjid dan Taklimat Keselamatan Bomba telah berjaya dilaksanakan baru-baru ini bertempat di Masjid Mahabbah Daerah Raub. Program seawal jam 8.30 pagi itu melibatkan pegawai-pegawai masjid terdiri daripada imam, bilal dan siak seluruh masjid Daerah Raub. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah daripada Jabatan Agama Islam Pahang. Pengisian daripada anggota bomba juga turut serta dalam menjayakan program ini. Taklimat keselamatan dan demo kecemasan telah dilaksanakan bagi pemahaman dan kesedaran kepada semua pegawai-pegawai masjid. Program dengan kerjasama antara Masjid Mahabah, Pejabat Agama Islam Daerah serta MUIP Cawangan Raub ini berakhir jam 1.00 petang dengan jamuan tengah hari.