ROMPIN. 05 Disember 2018 – MUIP Cawangan Rompin telah menyerahkan bantuan Zakat Modal dan Peralatan kepada Puan Aniza Binti Mansor dari Kampung Sarang Tiong, Rompin untuk memulakan perniagaan Warung milik beliau. Beliau telah menerima bantuan Periuk Nasi, peralatan-peralatan, serta barang-barang dapur untuk perniagaan warung beliau yang bernilai RM 2000 keseluruhannya. Semoga dengan bantuan ini, Puan Aniza dapat meningkatkan lagi pendapatan serta mengembangkan lagi perniagaan beliau bagi mencukupkan keperluan beliau sekeluarga.