BERA. 27 November 2018 – BERA,27 NOVEMBER 2018-Majlis Ugama Islam Pahang Zon Pahang Barat telah mengadakan PROGRAM KEMBARA DAKWAH selama 3 hari 2 malam pada 26,27 dan 28 november 2018.
Disertai oleh 4 MUIP cawangan iaitu Bera,Temerloh,Jengka serta Jerantut yang mana 4 cawangan ini berada di dalam zon barat.
Kembara ini bermula di daerah Jengka dengan aktiviti gotong-royong di surau KOA Sungai Bangkong sekitar jam 9 dan berakhir pada jam 12 tengah hari.
Kemudian konvoi kembara bergerak menuju ke daerah Bera di kampung Penchorong dan aktiviti seterusnya adalan ziarah dan ramah mesra.
Pada sebelah malamnya diadakan aktiviti santai dan BBQ bersama penduduk di kampung Jelawat dan di akhiri dengan gotong royong di perkarangan surau KOA Gau,Pos Iskandar pada keesokan paginya.
Destinasi seterusnya adalah di KOA Bukit Ngeri di daerah Temerloh dan acara yang diadakan adalah sukaneka bersama penduduk setempat.
Program kembara ini di akhiri dengan ziarah dan ramah mesra di KOA Sungai Kucing di Ulu Tembeling,Jerantut pada 28 november.
Program ini berjaya dilaksanakan dengan baik walaupun terdapat beberapa kekurangan dan kesilapan sepanjang program ini berlangsung.
Diharapkan program kembara ini dapat di kekalkan dan di sertai MUIP cawangan lain bagi memeriahkan lagi program.