PEKAN. 10 Disember 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyantuni Encik Kamaruddin Bin Abd Hamid di Perumahan Dato Shahbandar. Beliau kini sedang mengidapi penyakit barah darah dan terlantar dirumah serta tinggal bersama isteri dan empat orang anaknya. Sebelum daripada ini pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) pernah meluluskan peruntukkan penyelenggaraan rumahnya dan hasil maklumat terkini pula akan disyorkan bantuan yang diperlukan terutamanya bagi membantu proses rawatan.