TEMERLOH. 06 Disember 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menyampaikan bantuan bencana ribut kepada mangsa mangsa yang terlibat dengan bencana ribut bulan November yang lalu. Penyerahan bantuan dibuat dengan ziarah ke rumah mangsa yang terlibat. Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Paya Luas Seberang Temerloh. Taman Sri Kerinau, Kampung Kerai, Kampung Jenderak dan Kampung Paya Kechik. Seramai 7 orang mangsa telah menerima bantuan yang disampaikan oleh Pegawai Hal Ehwal Islam MUIP Temerloh hari ini. Semoga bantuan yang diterima dapat mengurangkan beban yang di hadapi mangsa.