ROMPIN. 28 November 2018 – MUIP Cawangan Daerah Rompin telah mengadakan Program Pemantapan Aqidah dan Penghayatan Ilmu Masyarakat Orang Asli Daerah Rompin, bertempat di bilik seminar MUIP Cawangan Rompin. Program ini telah dihadiri oleh 31 orang Muallaf dari kalangan Orang Asli dari seluruh daerah Rompin. Antara aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah pengisian berkenaan dengan agama Islam sebanyak 3 slot yang disampaikan oleh guru-guru briged dakwah MUIP daerah Rompin dimulai dengan slot “Bahaya tidak menuntut ilmu” yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahman Bin Zainal, diikuti oleh slot kedua iaitu “Ilmu Aqidah” yang disampaikan oleh Ustaz Yunus Bin Ahmad, dan diakhiri dengan slot ketiga yang bertajuk “Ilmu Fekah dan Akhlak” yang disampaikan oleh Ustaz Hadirin Bin Mohamed. Program seumpama ini merupakan salah pendekatan MUIP Rompin ke arah memantapkan lagi Aqidah di kalangan para Muallaf, disamping kelas-kelas pengajian Briged Dakwah MUIP bagi golongan Muallaf yang sedia ada.