PEKAN. 28 November 2018 – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah menitahkan supaya melihat dan membantu kerja-kerja penyelenggaraan dua buah rumah mangsa ribut di Kampung Ketapang Hilir iaitu rumah Puan Siti Meriam Binti Skheikh Omar dan Encik Abdullah Bin Chik. Dua buah rumah ini termasuk di dalam senarai dua puluh lima buah rumah yang terjejas di dalam kejadian ribut pada 25 November,2018. Pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah meninjau dan akan membuat susulan bantuan penyelenggaraan yang akan dilaksanakan.