PEKAN. 15 November 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan dengan kerjasama Masjid Kariah Sungai Miang telah mengadakan Program Khairul Ummah berbentuk forum bersempena memperingati Maulidur Rasul SAW. Program dimulai dengan Solat Fardhu Maghrib, Bacaan Selawat, Forum Agama, Solat Fardhu Isya dan Jamuan. Program ini diadakan sebagai salah satu aktiviti bersama masyarakat bagi menyampaikan maklumat-maklumat terkini mengenai pentadbiran Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan membudayakan majlis ilmu dikalangan masyarakat melalui pendekatan pengimarahan masjid. Program ini telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang hadir dan diharapkan aktiviti dan program pengimarahan seumpama ini sentiasa dapat diadakan pada setiap masa.