PEKAN. 18 November 2018 – Tadika Pintar Al-Quran MUIP Daerah Pekan telah mengadakan Majlis Ihtifal 2018 bertempat di Dewan Utama Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang. Majlis Ihtifal kali ini telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Aman Bin Mohd Saifuddin yang merupakan Pegawai Tadbir Bahagian Khidmat Pengurusan Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang. Seramai 63 orang para pelajar telah berjaya menamatkan sesi pembelajaran sepanjang 2018 dan pada majlis ini juga telah disampaikan Anugerah Tokoh Pelajar, Anugerah Cemerlang Akademik, Anugerah Cemerlang Sahsiah, Anugerah Khatam Al-Quran, Anugerah Khatam Iqra’, Sijil Dan Cenderahati 6 Tahun, Sijil Dan Cenderahati 5 Tahun, Anugerah Khas Rumah Sukan Tercantik dan Anugerah Tokoh Halimatus Sa’diah. Majlis Ihtifal 2018 diadakan setiap tahun sebagai pelengkap sesi pembelajaan 2018 dan juga penghargaan kepada para pelajar, guru-guru dan ibu-bapa serta penjaga.