PEKAN. 05 November 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Pekan telah menziarahi dan menyampaikan bantuan bencana kebakaran kepada Encik Abdul Rahim Bin Othman di Peramu Jaya 1. Kejadian kebakaran yang berlaku telah mengakibatkan kemusnahan rumah kediaman yang diduduki Ibu beliau, namun begitu pada masa kejadian berlaku tiada penghuni berada di rumah. Bantuan telah disampaikan bagi meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa.