TEMERLOH. 08 November 2018 – Muip Cawangan Temerloh telah mengadakan Program Dakwah Bil Hal dan Penyerahan bantuan tahunan saudara baru dan fakir miskin di Perkampungan Orang Asli Sungai Enggang ,Lanchang Temerloh. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan masyarakat orang asli yang Islam mahupun yang bukan Islam. Pihak urusetia telah mengadakan sukan rakyat bersama masyarakat kampong serta mengadakan acara cabutan bertuah. Seramai kira kira 100 orang masyarakat kampong turut serta memeriahkan lagi program ini yang bermula pada jam 11:00 tengah hari dan berakhir jam 03:00 petang. Program ini turut disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam.