PEKAN. 26 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Pahang Daerah Pekan dan Sekolah Sains Sultan Ahmad Shah telah mengadakan Program Khairul Ummah bertajuk Ilmu dan Amal. Dua orang ahli panel telah menjayakan forum yang diadakan iaitu Tuan Haji Ahmad Nizam Bin Abdul Manan (Pegawai Agama Islam Daerah Pekan) dan Ustaz Nik Ibrahim Bin Nik Abdullah ( Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang). Program berlangsung selama dua jam bermula 09.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Perpustakaan Awam Pahang Daerah Pekan. Peserta terdiri daripada wakil-wakil Penjawat Awam Daerah Pekan. Kerjasama seumpama ini sering diadakan bagi mewujudkan hubungan dua hala dengan masayarakat dan juga jabatan serta agensi yang berada di Daerah Pekan. Selain daripada itu juga dapat menyampaikan makluman mengenai bidang tugas dan tanggungjawab Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang.