TEMERLOH. 18 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang telah menganjurkan Seminar Profesionalisma dan Pentadbiran Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Daerah Temerloh bagi tahun 1440 Hijrah di Surau Al Muttaqin, Damai Court, Bandar Temerloh awal hari ini. Program ini bertujuan untuk memberi kefahaman berkaitan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran masjid, memberi pencerahan berkaitan isu isu berbangkit dalam pentadbiran masjid serta mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pengerusi masjid, ajk masjid dengan pihak Majlis Ugama Islam Pahang. Seminar ini telah dihadiri seramai 80 orang peserta yang terdiri daripada pengerusi masjid dan ahli jawankuasa masjid yang melibatkan 86 masjid dalam daerah temerloh termasuk surau kebenaran jumaat. Seminar ini melibatkan 2 slot yangmana slot pertama adalah ceramah berkaitan Peranan Jawatankuasa Masjid dalam Membentuk Biah Solehah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Nik Ibrahim bin Nik Abdullah, Penolong Pegawai Masjid dari Jabatan Agama Islam Pahang dan slot yang ke 2 adalah ceramah berkaitan Fungsi dan Bidang Tugas Jawatankuasa Masjid yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Muzil Adli bin Ne’mat, Pegawai Hal Ehwal Islam bahagian Unit Masjid dan Surau dari Majlis Ugama Islam Pahang. seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari. Terima kasih diucapkan kepada pihak Surau Al Muttaqin dan Ahli Jawatankuasa Masjid Kariah Temerloh diatas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan seminar yang diadakan pada hari ini.