CHENOR. 23 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Chenor telah mengadakan program bersama masyarakat non muslim sekitar Pekan Awan, Chenor terdiri daripada masyarakt berbangsa cina dan juga india. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan non muslim bersama masyarakat Islam setempat serta pentadbiran agama di Chenor. Program ini dapat kerjasama dengan Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid At-Taqwa Kampung Awah Chenor serta penduduk setempat. Program dapat dilaksanakan sebagaimana yang telah dirancang.