TEMERLOH. 22 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Cawangan Daerah Temerloh telah menziarahi saudara baru asli yang hidup dalam keadaan serba dhaif awal petang ini. Encik Rosdini bin Nordin dan pasangan Puan Anita bin Abdullah dari Kampung Paya Berangan Menetap di rumah yang sudah uzur bersama 3 orang anak anak yang masih kecil. En Rosdini berasal dari Sabah dan Puan Anita merupakan saudara baru yang memeluk Islam pada tahun 2010 di Pahang. Dalam ziarah pada petang tersebut, pihak Muip Temerloh telah menyampaikan sumbangan hamper makanan kepada mereka sekeluarga di samping itu juga pihak Muip mendapatkan maklumat latar belakang keluarga tersebut. Hasil daripada siasatan tersebut, pihak Muip Temerloh akan membantu En Rosdini sekeluarga mendapatkan bantuan bulanan bagi menampung perbelanjaan sara hidup keluarga yang tidak menentu dan juga akan menimbangkan bantuan baik pulih rumah beliau yang sudah uzur.