TEMERLOH. 17 Oktober 2018 – Muip Cawangan Temerloh telah mengadakan Program Ziarah & Ramah Mesra di Perkampungan Orang Asli Bukit Ngeri,Lanchangn Temerloh. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan persaudaraan masyarakat orang asli yang Islam mahupun yang bukan Islam. Pihak urusetia menziarahi serta menyantuni masyarakat orang asli dari rumah ke rumah dengan bertanyakan khabar serta menyampaikan sedikit bantuan berupa hamper kepada setiap keluarga. Seramai 25 keluarga telah di ziarahi dalam program ini yang bermula pada jam 11:00 tengah hari dan berakhir jam 01:00 petang. Program ini turut disertai oleh Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA JAKIM), Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh serta masyarakat kampung yang berugama Islam dan bukan Islam.