PEKAN. 17 Oktober 2018 – Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) Cawangan Daerah Pekan telah menyampaikan bantuan modal peralatan kepada dua orang penerima iaitu Encik Zaini Bin Abu Bakar di Kampung Pulau Tambun berupa 1 Unit Welding Set MIG dan 1 Unit Drill Bosch dan kepada Encik Mat Kechil Bin Senik di Kampung Pulau Serai berupa 2 Unit Icebox. Bantuan ini telah dipohon oleh pemohon bertujuan bagi membantu mereka menjana pendapatan dan telah diluluskan. Diharapkan bantuan ini akan dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk meningkatkan ekonomi diri dan keluarga.